Thursday, October 9, 2008

Dana Pendidikan dan Kebajikan Sri JB



PENGENALAN
Sekolah SRI Johor Bahru telah ditubuhkan pada 3 Disember 1989 dan merupakan satu institusi pendidikan bersepadu yang mampu melahirkan insan yang seimbang terhadap tuntutan dunia dan akhirat. Sekolah SRI Johor Bahru adalah sekolah rendah Islam persendirian yang berstatus sekolah agama rakyat berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Agama Johor .Sekolah SRI Johor Bahru tetap komited untuk melahirkan insan soleh walau pelbagai cabaran dan rintangan mendatang.

Mulai Mac 2008 pihak Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) telah secara perundangannya mentadbir tanah wakaf Ampuan Mariam (tapak Sekolah SRI Johor Bahru). Kami diminta menandatangi perjanjian untuk membayar sewaan bulanan ke atas tanah dan bangunan tersebut sebanyak RM5,500 sebulan bagi 3 tahun kepada MAIJ. Perkara ini menyebabkan operasi sekolah terganggu kerana mengalami kurangan kewangan mulai bulan Mac 2008

Sehubungan dengan keperluan mendesak kepada sekolah untuk mengumpul dana bagi membayar sewaan bangunan kepada Maij demi menjamin kelangsungan sekolah untuk masa terdekat. Ini adalah plan kecemasan sebelum sekolah menyusun projek mengumpul dana dan membina bangunan sekolah baru di masa hadapan.

OBJEKTIF
• Mengumpul dana khas bagi membayar sewaan kepada Maij
• Mengumpul dana bagi mermulakan pencarian tanah dan membina bangunan sendiri di Johor Bahru
• Modal permulaan bagi penubuhan sekrateriat Projek Dana khas pembangunan sekolah SRI Johor Bahru

Sumbangan boleh dibuat melalui cek / wang pos / kiriman wang /transaksi internet atas nama :

DANA PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN SRI JB
No. Akaun : BIMB 01014010039759

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi
Sekolah SRI Johor Bahru di talian :
07-223 2548, faks 07-221 3562.

email : boss5494@gmail.com

0 comments:


Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Gold Mining Companies. Powered by Blogger