Thursday, October 9, 2008

YAYASAN AL-IJABAH

RUMAH IJABAH ANAK YATIM AL-HAFIZ

Rumah Ijabah Anak Yatim Al-Hafiz telah ditubuhkan pada 2006 dan beroperasi di USJ 4 Subang jaya, Selangor. Sehingga 2008 Yayasan Al-Ijabah telah menyewa 3 unit rumah di Jalan USJ 4/9D, Subang Jaya. Bermula dengan 6 orang anak yatim dan anak orang susah, Yayasan Al-Ijabah telah meneruskan langkah untuk membela anak yatim dan anak orang susah ini dengan menjaga pembelajaran mereka. Kini telah 50 orang anak-anak yatim dan orang susah didalam jagaannya.

Kini Yayasan Al-Ijabah membelanjakan sebanyak RM 20,500.00 sebulan bagi menampung segala keperluan dengan sewa rumah, perbelanjaan makan minum, yuran sekolah (akedemi dan agama) penggajian guru tahfiz dan warden, pembayaran bas sekolah, aktiviti hujung minggu dan sebagainya. Pihak kami berterima kasih di atas mana-mana pihak yang prihatin di dalam bersama-sama memelihara dan membela anak-anak yatim yang susah ini. Semoga sedikit yang kita lakukan ini menjadi amal jariah yang berguna.

BILANGAN PENGHUNI ANAK YATIM DAN ORANG SUSAH

25 Orang - Pelajar Lelaki (Sekolah Rendah)
(Berumur dari 7 - 12 tahun)
15 Orang - Pelajar Lelaki (Sekolah Menengah)
(Berumur dari 13 - 16 tahun)
10 Orang - Pelajar Perempuan
(Berumur dari 7 - 15 tahun


KOMPLEKS YAYASAN AL-IJABAH

Kos projek Kompleks Yayasan Al-Ijabah : RM 15 juta
Di jangka siap pada tahun 2010
Sumbangan ikhlas melalui cek atau bank-in ke :-
Akaun Bank CIMB : Yayasan Al-Ijabah
No Akaun : 12070000026103


HUBUNGI KAMI
Yayasan Al-Ijabah
No. 14G, Jalan Tengku Ampuan Zabedah,
K9/K, Seksyen 9, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-58801886
Fax : 03-58801886

Anda boleh membuat sumbangan melalui dua cara:-
1. Membeli secara on-line
2. Menderma secara on-line

Untuk keterangan lanjut, sila layari http://ijabah2u.com/

0 comments:


Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Gold Mining Companies. Powered by Blogger