Thursday, October 9, 2008

Rumah Anak-Anak Yatim & Miskin Nurul Iman

Asalamualaikum wbt,

Rumah Anak-Anak Yatim & Miskin Nurul Iman, kini didiami oleh lebih 40 orang anak-anak yatim piatu, yatim, miskin dan anak-anak terbiar.

Pada hari Jumaat lepas (22/08/08) telah berlaku satu kemalangan jalanraya berdekatan Bukit Merah, Perak semasa rombongan anak-anak tersebut dalam perjalanan bagi menghadiri satu program di Pulau Pinang . Kemalangan tersebut telah mengorbankan seorang ibu tunggal yang bertugas dirumah berkenaan.

Van yang terlibat dalam kemalangan tersebut juga telah rosak teruk dan diistiharkan sebagai total lost. Dengan itu juga Rumah Nurul Iman tidak lagi kenderaan bagi kemudahan pengangkutan anak-anak untuk ke sekolah dan juga urusan lain seperti tuisyen dan menghadiri jemputan.

Pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah merayu kepada anda sekelian untuk menyumbang atau mengumpul dana ataupun mencari jalan supaya sebuah van dapat diadakan sebagai ganti kepada van yang telah rosak tersebut.

Sumbangan dari orang ramai sangat-sangat diharapkan bagi menyelesaikan masalah yang kritikal ini.

Kepada yang ingin menyumbang kewangan sila salurkan sumbangan anda kepada akaun Maybank 564306010030 KHIDMAT NURHIKMAH dan letakkan alamat email van@nurhikmah.org.my

Anda juga boleh terus menghubungi Pengetua Asrama Anak-Anak Yatim & Miskin Nurul Iman, Manjoi , En. Khairul di talian 016 5460 071 .

-------------------------------------------------------
YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
No. Pendaftaran : 646393-A
No 16-3, Jalan Mesra Niaga,
Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon : 03-87332411
Faks : 03-87332967
Laman web : www.nurhikmah.org.my
Email : presiden@nurhikmah.org.my


kredit untuk En. Tarmizi @ http://thesinofknowledge.blogspot.com

0 comments:


Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Gold Mining Companies. Powered by Blogger